Fake Dentist

Pernah tak dengar tentang fake dentist?



Atau awak pernah dengar fake braces, fake veneer etc.

Hari ni saya nak cerita pasal fake dentist iaitu seseorang yang tidak bertauliah yang mengamalkan kerja atau amalan pergigian.

Biasanya fake dentist ni buat kerja mereka di hotel- hotel, homestay atau rumah ke rumah.

Kenapa bahaya dapatkan rawatan dengan fake dentist?

Pertama sebab amalan pergigian tu sendiri.

Di Klinik Pergigian, kita mengamalkan kawalan infeksi untuk mengelakkan jangkitan silang antara pesakit kepada pesakit, antara pesakit dan perawat, antara pesakit dan pembantu pembedahan pergigian dan antara staff pergigian iru sendiri.

Bayangkan amalan pergigian seperti memasang fake braces atau fake veneer dilakukan di tempat yang tidak mengamalkan kawalan infeksi, semestinya kita mudah mendapat penyakit  seperti  tuberkulosis, jangkitan bakteria dan virus dan sebagainya.Paling dahsyat, boleh menyebabkan kematian.

Kedua, fake dentist tidak mendapat sijil pengamalan pergigian.

Fake dentist biasanya belajar daripada online seperti di Youtube.Sanggup ke kita gadaikan nyawa atau gigi kita kepada seorang yang tidak bertauliah untuk memberi rawatan pergigian?

Kita kena ingat, gigi ni amanah Allah yang perlu dijaga seperti anggota badan yang lain.Bila salah rawatan pergigian diberikan, rosaklah gigi kita dan paling teruk boleh menyebabkan gigi kita tertanggal.


Antara kesan pemakaian fake braces.Susunan gigi menjadi lurus dan tidak mengikut bentuk rahang asal.

Oklah, setakat ni dahulu pasal fake dentist.

Take care semua ye.

Kenali dentist anda☺️☺️


Nak tanya apa2 boleh je tanya kat ruangan komen.Tq



Comments